Sunday, September 18, 2011

Please people..Cermin Diri Sendiri

"TAK PERLU MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN ORANG LAIN JIKA DIRI SENDIRI BELUM SEMPURNA"

"ORANG YANG MENGAKUI KEKURANGAN MAKHLUK AKAN SENTIASA BERSANGKA BAIK DAN TIDAK MERENDAH KAN ORANG LAIN"

Some quotes that we as a human, god servant, must think deeply. Sgt tertarik dgn satu article yg ak jmpe ni. Memberi pengajaran, dan peringatan kita, especially kpd diri ak sndiri.

Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kita adalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain.*X yah la yer nk harap org lain smpurna tok kte!

Jika kita merasakan bahawa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendah kn orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkn Allah. *Kan, Rasulullah yg sebaik2 makhluk pn x de nk rendah2 kn org lain, takabbur dgn kelebihan yg dimiliki. Manusia? Baru diberi kelebihan sdikit da riak. da mcm bagus..hrm....

Ya, sekali pandang kita rasa bahawa kita yang terbaik. Apabila kita mengubah sudut pandang, akan ternampaklah LOMPANG-LOMPANG yang terdapat pada diri kita. *jgn la malu kn diri sndiri, check diri sndiri...dimana kita berdiri..org lain nmpak LOMPANG kt diri kite, ape x malu?


Cahaya lampu nampak hebat tatkala ia menerangi kegelapan malam, namun menjadi tak bernilai ketika mentari mula menerangi. Di malam hari ia diperlukan, di siang hari ia tak bermakna lagi. Itu lah sifat ciptaan. Seorang ahli agama boleh berbicara tentang ilmu keagamaan sehinggakan orang akan terpegun mendengarnya. Namun kehebatan nya tak sama apabila dia berbicara tentang bidang-bidang lain yang bukan kepakarannya.

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita dan terimalah kekurangan orang lain. Berfikirlah untuk menampung kekurangan-kekurangan tersebut, bukan menidakkannya.

Dalam mencari teman hidup, begitu juga keadaannya. Jangan kita terlalu mengharapkan teman yang sempurna sedangkan kita sendiri banyak lompang nya. Sebelum berumahtangga, kekurangannya kita buat-buat tak nampak. Yang nampak nya hanya kecantikannya. Namun, segalanya berubah setelah berumahtangga. kita mula rasa merungut akan kekurangan-kekurangannya. Itulah akibat apabila kita mengidamkan kesempurnaan pada makhluk.
Mengakui kekurangan adalah langkah awal untuk memperbaikinya. Kita harus jujur dalam meneliti kekurangan-kekurangan yang ada pada diri.

Orang yang hebat bukannya tak punya kekurangan, tetapi mereka cepat sedar akan kekurangan-kekurangan tersebut dan berusaha memperbaikinya.

Semakin banyak kekurangan, semakin banyak usaha memperbaiki. Maka mereka pun menjadi semakin baik daripada sehari ke sehari. Begitulah sifir nya.

Orang yang mencari kesempurnaan makhluk pasti akan selalu mengeluh, kerana kekurangan-kekurangan yang akan dia dapatkan. Mana tidaknya, kita mengkarapkan sesuatu yang mustahil. Tentulah kita takkan berjumpa dan lebih banyak mengeluh. Sebaliknya, orang yang mengakui kekurangan makhluk akan sentiasa bersangka baik dan tidak merendah kn orang lain. Dia juga sedar bahawa diri nya sendiri banyak kekurangan.

*bab2 merendah kn org lain ni mmg ak EMO sket., tlong lah jgn merendah kn org lain, erti kata lain memalukan, memperli, memperkecil kn & yg sma waktu dgn nye. Sgt lh menjengkel kn.


Berusahalah menjadi lebih baik setakat batas kemampuan manusia. InsyaAllah, hati akan lebih tenang dan redha.


*************

Oleh itu igt lah ye... jgn la suke2 condemn other people, mengharap kn macam2 dari org lain. Kita mmg perlu untuk meng'improve'kn diri kita untuk jd yg terbaik. Tapi sebagai manusia kita tetap tidak sempurna. Menasihati org lain supaya boleh menjadi lebih baik adalah PERLU. Akan TETAPI biar la kne cara YE.

CERMIN DIRI kita dulu, adakah kita dah BENAR2 LAYAK untuk memberi nasihat?. Takot nnti ade pulak yg ckap "Seperti ketam mengajar anak berjalan." Sndiri jalan senget, nk ajar orang lain jalan tegak. Ha.kn da x sedap. Malu lg yg dpat.

One more thing, ni sentuh psal tatacara nak mmberi nasihat pulak where we as a Muslim, should bear in mind. Ak tulis entry ni pon bkn mcm nk blagak bgus pn. Ni nasihat tok diri ak jgk. Supaya ak sentisa igt.
Yang Muda, Tua, Budak, Tok Aji, Hajah, sesape je la yg nama nya MANUSIA, kalau pn nak menasihati sesama kita, igt lah.. BERHATI2 ble nk menasihati org.

Ada beberapa kata2 pengajaran yg saya ambil dr sumber2 yg insyaAllah berguna;

~Menjaga silaturrahim sesama Islam wajib atas setiap individu, sedangkan tanggung-jawab memberi nasihat dan teguran hanyalah utk yg layak dan mampu saja.

~ Ketika berhadapan dgn keadaan sulit, memberi nasihat kpd seaorang, khususnya yg lebih dewasa atau berkedudukan, timbang dulu samada boleh memutuskan silaturrahim atau membawa kebencian. Gunakan pilihan2 yg dibenarkan secara pintar. Hadith Rasul saw yg maksudnya ketika melihat kemungkaran, betulkan secara perbuatan, jika tidak mampu dgn lisan, sekiranya tidak mampu melalui doa (dlm hati). Tegur secara perbuatan, dgn strategi yg halus dan seni yg tidak menjatuhkan maruah org tersebut. *Tolong lah jgn smpai menjatuh kn MARUAH org yg nk ditegur tu.

~Tegur dgn lisan dgn mengkaitkan dgn kisah2 atau peribadi2 lain yg digambarkan serupa sebagai sindiran. Mohon doa Allah yg membetulkan atau Allah datangkan org lain utk menegur. Pastikan, silaturrahim terpelihara, maruah sesama Islam terjaga dan akhalak dikekalkan. Hindar dari memburu yg harus, sehingga melakukan yg haram. Hindar dari mengejar yg sunnat yg wajib tertinggal. *Kdg2 kte terlupa kn, beria konon nye nk menasihati org tetapi tanpa disedari dalam memburu yg harus, terbuat pulak yg haram. Nak menasihati org, skali kte yg dapat dosa. Ish. X yah nk sindir2.. Nasihat pn kne CARA BERKHEMAH!


Tu lah ye.. cube untuk menjadi yg lebih baik w'pn kita manusia yg pnuh cacat cela. Berdoa kepada-NYA supaya diri terhindar dari perkara yg dilarang nya.


No comments:

Post a Comment